Thursday, January 26, 2012

BR1M

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA.

Kerajaan Malaysia memang prihatin dengan nasib Rakyat yang pendapatan nya kurang dari RM3000.00. dan sudah semestinya Kerajaan membantu rakyat nya untuk meringankan beban Rakyat,apatah lagi sekarang ini kos perbelanjaan sara hidup amat tinggi,di sebabkan harga barang2 keperluan harian sangat mahal,jikalau kita membelanjakan RM100.00 barang nya amat ketara hanya sedikit sahaja kita nampak.

Di sini saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman saya mengenai dengan Pemberian BR1M.

Pada 25/1/2012 saya ada pergi ke pejabat daerah Papar,seawal jam 07:45am saya dah sampai ke perkarangan pejabat Daerah Papar,saya amat terkejut apabila melihat begitu ramai nya orang yang sudah pun tiba di sana lebih awal dari saya,mungkin mereka ini ada yang datang seawal jam 6 pagi lagi,ada yang datang dari daerah lain,maksud saya dari daerah Bongawan,Kimanis,Lok kawi,Tua dan Muda,sambil menunggu pejabat di buka,saya sempat bertanya dengan seorang pakcik umur dalam lingkungan 60an.

S> pakcik dari pukul berapa lagi datang sini?
P> dari pukul 6 setengah lagi saya sampai sini.
S> ohh.. Pakcik dari mana?
P> saya dari Bongawan.
S> Wahhh....jauh tu dari Bongawan.
P> ya..saya kena suruh datang disini mau cek senarai nama.(cek-maksud nya status kelayakan /jika lulus-dimana tempat untuk mendapatkan Voucer)..
S> Pakcik belum dapat periksa senarai nama di kaunter sana. (Sambil aku menunjuk ke kaunter pemeriksaan senarai nama yang sudah pun di kerumuni oleh orang ramai di meja kaunter)
p> sudah..kemarin saya ada periksa,dia orang bilang kau datang besok..
S> oohh..kalau begitu maksud pakcik ni ada sudah nama tersenarai dalam penerimaan lah ya..
P> ya..tapi dia orang bilang mau ikut baris lagi,sama mau ambil itu nombor siri,saya tidak tau boleh dapat kah tidak ni,kau tingok lah tu (sambil pakcik menunjuk ke meja kaunter di tepi tangga pejabat,yang sudah tidak dapat di kawal,orang ramai berkerumun disana,cuma dua orang kerani saja yang bertugas,satu bahagian daerah mengundi Pantai Manis,satu lagi daerah mengundi Bongawan & Kimanis,bahagian daerah mengundi Kawang tidak ada-[Tutup Kedai] Kerani nya tidak muncul muncul entah kemana)
sayang sekali saya tidak membawa camera untuk merakam keadaan sebenar ketika itu.
S> sepatut nya kalau ada nama pakcik sudah tersenarai,pakcik boleh mendapatkan nombor siri tu terus dari kaunter dan juga boleh mendapatkan voucer itu di dalam pejabat bahagian pembahagian voucer hari itu juga,tidak perlu lagi datang kali kedua.
P> saya pun tidak tau,bikin susah saja,mau tambang lagi...(sambil pakcik itu mengeluh)

pada masa yang sama nasib pakcik itu baik,kebetulan ada seorang kawan pakcik sekampung yang ada di hadapan kaunter,lalu dia meminta tolong dengan kawan nya itu untuk mendapatkan nombor siri ketika itu kaunter sudah di buka.

Mujurlah pakcik itu sempat meminta bantuan dari kawan sekampung nya untuk merujuk,kalau tidak entah sampai bila baru pakcik itu dapat berebut-rebut,himpit-menghimpit,tolak-menolak,tidak kira tua muda,lelaki perempuan,masing masing berebut semata mata hendak menyemak senarai nama sahaja,belum pasti dapat atau tidak.

(Sepatutnya pejabat Daerah menyediakan kaunter yang luas,bahagi kepada tiga kaunter,agar semua tidak tertumpu ke satu tempat saja... ini tidak....dan jika tidak pun,sekurang kurangnya ada pengawal untuk mengawal keadaan,atau pun buat salinan (Foto Copy) senarai nama dan lekatkan pada dinding agar senang orang ramai merujuk,tidak perlu berebut rebut di kaunter,)

Jam sudah menunjuk kan pukul 10 pagi kerani bahagian Daerah mengundi Kawang masih belum juga muncul muncul,di sebabkan saya tinggal dalam kawasan daerah mengundi Kawang,maka saya kena merujuk senarai nama di sana,entah layak atau tidak,yang pasti saya belum tahu lagi....baru nak merujuk....

Jam menunjukkan pukul 11:35pagi perut dah mula berirama(Lapar),Kerani khas untuk semak bahagian Kawang masih juga tidak kelihatan.....apa dah jadi????? Saya mengambil keputusan balik rumah saja lagi baik daripada saya membuang masa menunggu selama 4 jam lebih terbuang begitu sahaja....SUSAHNYA MAU MAKAN BR1M....BR1M.....

(Aku mendapat tahu dari seorang rakan, pada sebelah petang baru lah pihak pejabat Dearah membuat salinan Foto copy semua senarai nama untuk di pamirkan di dinding Perkarangan pejabat daerah dan juga pejabat Mahkamah Anak Negeri serta untuk pembahagian voucer)