Tuesday, March 22, 2011

PM announces free medical access to EPF retirees




Civil servants who retire under the Employees' Provident Fund (EPF) scheme and their dependents are now eligible to obtain free medical facilities at government hospitals, Prime Minister Najib Abdul Razak announced today.


Ya...satu lagi usul cadangan yang baik untuk penjawat awam yang telah berpincen (di bawah skim KWSP)....Kemuskilan nya adakah Najib terfikir dari mana KWSP mendapat untung berlipat ganda ? Tidakkah dia terfikir bahawa kebanyakan hasil pendapatan KWSP adalah datangnya daripada pekerja SWASTA/COMPANY/PEKERJA KILANG/PERSENDIRIAN ini semua penyumbang/pencarum yang terbanyak di Negara ini.

Oleh itu janganlah hanya diberi keutamaan kepada pekerja awam sahaja,tetapi libatkanlah juga kepada semua PENCARUM SWASTW,mereka juga tersenarai sebagai pencarum....semua pencarum ini bukan nya ada pincen ketika umur 55 tanun,mereka hanya mengharapkan wang simpanan mereka di KWSP ketika mereka bekerja,genap umur 55 tahun mereka akan keluarkan caruman mereka,itu sajalah wang sebagai pincen mereka.

Cuba kalau Najib bukan seorang Y.A.B. dan hidup sebagai orang biasa....apa perasaannya,saya rasa tentu dia juga tidak setuju barangkali....... tapi kenalah fikir dengan orang susah saperti kami ini,bukan macam kakitangan awam,kerja masuk jam 8:00 pagi..tapi mula buat kerja jam 8:++,Tea break jam 10:00am..tapi jam 9:++ dah hilang,Makan tengah hari jam 12:00pm..tapi jam 11:++ dah pulang.......Beginikah pekerja yang cekap dan amanah kaki tangan awam????
Yang Berhormat P.M. pikir-pikir dululah...

Sunday, March 20, 2011

Menguji Penglihatan Mata Kita

Tedapat objek objek yang tersembunyi dalam gambar gambar ini,perhatikan.... dan anda akan melihat objek tersembunyi dengan jelas.

Luangkan masa anda untuk seketika atau pun isikan masa lapang anda atau pun juga untuk menghabiskan masa lapang anda.

Selamat mencuba.









Saturday, March 19, 2011

SIAPA HANTU & JEMBALANG

PILIHAN RAYA SARAWAK.

Siapakah yang TPM TS Muhyiddin maksudkan HANTU dan JEMBALANG yang datang dari semenanjung itu,sedarkah apa yang di ucapkan nya itu.
Adakah dia tidak terfikir bahawa dia berasal dari semenanjung juga,jadi dia ini pun termasuk dalam golongan Hantu & Jembalang itulah, konon hantu hantu jembalang ni boleh menggugat kestabilan politik mereka.....Beliau berucap ketika dia sedang berada di SRI AMAN SARAWAK. (Dalam utusan Malaysia online 19 mac 2011)

Kita lihat nanti...Hantu Jembalang mana yang paling banyak datang untuk berkempin,sewaktu pilihan raya negeri sarawak akan datang nanti........Sudah Pasti Nya B.N dalam senarai teratas...Percayalah.




Alkitab Melayu Senang Dibaca Oleh Orangkita Bah.


ALKITAB BAHASA MELAYU....


Pada umumnya kita tahu bahawa alkitab dalam bahasa melayu ini telah lama orang orang kristian menggunakannya,satu daripadanya adalah senang dibaca oleh kalangan kanak kanak,muda mudi mahu pun orang dewasa,lebih lebih lagi zaman sekarang ni ramai kalangan muda mudi kita yang kurang fasih dalam bahasa ingeris,jadi mereka lebih senang memilih bahasa melayu.


Saya fikir setiap individu tahu dan pandai membezakan antara ALKITAB dan ALQURAN, dan apa sebab alkitab ini di sekat kemasukan nya ke negara ini,sedangkan kita di negara ini adalah bebas menganuti agama masing masing,bagaimana jikalau perkara ini berlaku di sebaliknya....

saya percaya tentu timbul huruhara,tunjuk perasaan,lapur polis atau pun di cekup oleh ISA......

Pikir pikirlah dan Timbang Timbanglah jangan sampai timbangan itu berat sebelah nanti miring.

Friday, March 11, 2011

Kasih Sayang RIN Dan LIN vs DERHAKA - (Akhir)

ANAK DERHAKA


Di Mahkama Anak Negeri mereka ( Emak dan anak anak Derhaka ini ) begitu lantang dan berkeras hendak menuntut segala harta kepunyaan adik LIN,di sebaliknya LIN juga mempertahankan hak adik nya.

LIN juga mempersoalkan apa hak mereka untuk tuntut ini harta ? (Berbentuk beberapa soalan)

1) Kenapa semasa bapa kamu sakit/gila kamu tidak peduli dia?

2) Kamu tau dia sakit/gila kenapa kamu tidak mau pelihara dia?

3) kenapa waktu dia sakit/gila kamu tidak pernah kasi duit belanja untuk dia?

4) Kenapa masa dia masuk Hospital gila kamu tidak pergi tingok dia?

5) Kami ada talipon kasi tau sama kamu dia masuk Hospital,minta kamu tolong jaga dia, tapi kamu tidak juga datang datang.

6) Mau dekat 20 tahu kami anak beranak pelihara dia,masuk keluar-masuk kaluar hospital mau jaga dia,mana mau tambang kereta lagi semua pun mau pakai duit bah...Yang kamu langsung tidak tau susah kami anak beranak...

7) yang paling teruk lagi baru baru ini dia masuk Hospital mau kana putung (OPERATION) itu kepala dia yang ada kenser,pun tiada juga kamu semua datang,sampai kami tertidur tidur di Hospital,berganti ganti kami anak beranak mau jaga dia di Hospital K.K. dan juga di Hospital Papar selama berapa bulan....Kamu tinguk pun tidak (LIN bersuara agak kasar sedikit disebabkan hatinya yang panas serta geram)

8) yang lagi satu kenapa dulu mama kamu suruh kami tinggal di rumah itu,sekarang kamu mau halau kami,mama kau ada cakap yang dia tidak mau itu tanah,kenapa sekarang kamu anak beranak mau berhabis mau ambil itu tanah?

9) kalau itulah yang kamu mau,saya mau minta ganti rugi,yang kami penat jaga bapa kamu sewaktu dia masih hidup,minta ganti belanja wang ringgit yang kami sudah guna semasa dia di hospital,makan minum kami yang tanggung,kasi mandi,berak kencing kami cuci dan lap,kamu ingat senangkah mau jaga orang gila,kami pernah kena pukul oleh dia....kamu apa tau susah senang kami,sekarang senang senang kamu mau tuntut itu ini semua....
itu sajalah yang dapat LIN katakan dalam perbicaraan ketika di Mahkamah.

Tetapi Mahkamah lah yang memutuskan keputusan kepada siapa yang berhak keatas segala harta peninggalan mendiang RIN.
Di sebabkan anak anak mendiang RIN adalah pewaris yang terdekat dan berhak keatas harta bapa mereka,dapatlah mereka menuntut hak mereka itu,dan mereka juga mengaku akan membayar sebagai pampasan kepada LIN sebagai ganti rugi semasa manjaga mendiang adiknya dengan bayaran hanya RM2800.00 sahaja......(INI DAH KETERLALUAN,SELAMA 20 TANUN LIN MENJAGA BAPA MEREKA HANYA ITU SAJA YANG DI BERI.........BUKANKAH INI DIKATAKAN DERHAKA KEPADA ORANG TUA MEREKA)

Dengan hati yang pilu bercampur geram bercampur lagi kesal,LIN menerima saja apa yang diputuskan oleh Mahkamah.

Kini LIN berserta keluarganya sedang berusaha membina sebuah rumah kecil yang dapat menampung keluarganya tinggal di tanah mereka sendiri.

(Bayangkan lah betapa susahnya pahit maung LIN memelihara adiknya,tiba tiba masaalah begini timbul,tidak kah hatinya seperti di hiris pisau yang cukup tajam,kenapa ada manusia seperti ini di dunia ini,Orang yang tidak mengenang jasa dan budi,tidakkah mereka terfikir akan meresa TULAHAN....)

Kisah ini memang benar berlaku.

Thursday, March 10, 2011

Kasih Sayang LIN & RIN vs DERHAKA - (4)

DAH MATI BARU MENGAKU BAPA...!


Di saat kematian RIN,kakaknya menangisi pemergiannya untuk selama lamanya,fikiran nya bercelaru,LIN memanggil anaknya ketika itu ada bersama,LIN berpesan (Kau cuba talipon bini dan anak dia,kasi tau yang si RIN sudah meninggal) suara LIN tersadu sadu disebabkan tangisan, sambil anaknya membuat panggilan untuk menghubungi sanak saudara LIN dan juga keluarganya semua,anak anak LIN sudah di maklumkan dan mereka membuat persiapan pengurusan untuk membawa mayat RIN untuk pulang.

Mayat RIN kini berada di rumah LIN dan diletakkan dalam keranda,untuk diberi penghormatan terakhir kepada RIN dari keluarga dan sanak saudara atau pun orang kampung,dihari pertama bini dan anak anak RIN tidak kelihatan,sedangkan mereka telah di maklumkan,mereka telah mengetahuinya.

keesokan harinya baru mereka datang dengan ronbongan dari keningau,ini termasuklah suami baru bekas isteri RIN,kedua orang anak RIN kelihatan dah besar (dah masuk bujang orang bilang) yang tua ialah perempuan seorang lagi lelaki,kedua duanya kelihatan tidak berasa sedih melihat yang bapa mereka dalam keranda,tidak ada sedikit linangan air mata pun menitis,si XXXX (bekas isteri) hanya jengguk sekejap lalu turun kebawah,orang orang kampung hanya melihat gelagat mereka.

Kebiasaan nya apabila seseorang meninggal,mereka akan menunggu selama 3 hari baru di kebumikan,dan ini telah masuk hari ketiga tiba masanya untuk upacara pengkebumian RIN...

Setelah upacara pengkebumian semuanya telah selesai... Maka LIN Sebagai ketua rumah memanggil bekas isteri dan anak anak mendiang RIN, berbincang untuk mengetahui bagai mana hendak menguruskan segala barang peninggalan mendiang adiknya, (ini termasuk sebidang tanah kepunyaan Bapa RIN dan LIN yang telah diturunkan kepada RIN (diberi atas nama RIN ) bersama sebuah rumah sederhana besarnya yang sejak dulu lagi, ketika ibu bapa RIN dan LIN masih hidup, mereka telah membina rumah itu,dan sekarang ini adalah kepunyaan mendiang RIN...(Tanah Pusaka) dan LIN diberi mandat untuk tinggal serta menjaga kawasan itu yang mana ada sedikit pokok buah buahan,ini adalah wasiat dari ibubapa mereka) , orang yang menjadi perantaraan ialah Ketua kampung disitu, Si XXXX (bekas isteri mendiang) mengatakan saya tidak mahu ini tanah,saya ada rumah di keningau ucapnya,dan menyeru agar LIN terus tinggal di rumah ini, anak anak mendiang RIN hanya diam mendengarnya, kata putus pun dah dipersetujui (Tetapi tidak ada catitan di buat sebagai bukti).

Mengikut adat orang kampung seseorang meninggal apabila telah sampai di hari ke-7,mereka akan adakan upacara (Momuhangkas..dalam bahasa kadazan papar) ia itu doa/sembahyang untuk roh orang yang dah pergi (mengikut cerita orang tua tua di hari itulah roh itu pulang untuk mengambil barang barang kepunyaan peribadi yang tertinggal di rumah) dan selapas ke-7, di ikuti hari yang ke-40 pula juga diadakan lagi upacara doa/sembahyang,dan seterusnya hari yang ke-100 demikian jugalah diadakan upacara doa/sembahyang untuk roh mendiang RIN.

Dalam upacara ketiga tiga tadi itu isteri dan anak anak mendiang RIN ada datang ,mereka datang membawa sedikit buah tangan dan juga menghulur sedikit wang untuk perbelanjaan tadi, setelah beberapa bulan kemudian,maka datanglah lagi mereka anak beranak bersama dengan suami baru (bekas isteri mendiang RIN),kali ini tujuan mereka ada agenda yang tidak dijangka...

Anak anak mendiang RIN dengan berkeras meminta segala gala apa jua peninggalan harta dari bapa mereka termasuklah GERAN TANAH untuk di serahkan kepada mereka, dan juga rumah yang sekarang ini mereka (LIN dan Keluarga) tinggal,mereka juga memberi amaran berserta timpuh selama 2 tahun untuk pindah dari rumah ini (Bermaksud di kosongkan).......woowwww hebat sungguh anak anak DERHAKA ini ya...

Tetapi LIN tidak benarkan mereka berbuat demikian,LIN berkeras mempertahankan hak adiknya,perkara ini berlarutan selama lebih kurang 3 bulan, akhirnya LIN membuat keputusan hendak menyelesaikanya dengan aman di hadapan ketua kampung,tapi kesudahannya ketua kampung pun tidak dapat menyelesaikan perkara ini,sehingga di bawa ke Mahkama Anak Negeri Daerah Papar....









Sunday, March 6, 2011

Kasih Sayang LIN & RIN vs DERHAKA -(3)

Belum cerai dah kahwin lagi.


Tinggal lah RIN bersama sama dengan kakaknya di rumah yang sederhana besarnya,yang cukup untuk berteduh dari hujan dan panas matahari,mereka memang dah biasa dengan keadaan demikian,mereka bukan nya orang yang berada,setakat alakadar orang bilang.

Kini sudah beberapa tahun berlalu,isteri dan anak anak RIN tidak diketahui,apakah mereka semuanya sudah melupakan RIN ?...Anak anak RIN kini telah menjangkau remaja,bayangkan sejak ayah mereka dilanda masaalah, umur mereka dalam lingkungan belasan tahun,kini dah hampir lebih sepuluh tahun RIN dalam keadaan begini.

Anak anak LIN pergi mencari mereka disana (Keningau),nasib mereka baik,dapatlah mereka bertemu dangan anak dan isteri RIN,mereka pun menceritakan segala masaalah RIN semasa dalam penjagaan/tanggungan mereka sewaktu dalam hospital mahu pun di rumah mereka,tetapi isteri RIN tidak memberi reaksi yang simpati malah dia mengatakan bahawa dia sudah menceraikan RIN......!!!! dan kini dia telah mempunyai suami baru....(bagaimana dia boleh mencaraikan suami nya RIN dan berkahwin dengan suami baru nya? sedangkan dia tidak mendapat surat penceraian yang di tanda tangan oleh RIN?)


Anak anak LIN akur dengan keputusan itu,mereka tidak dapat berbuat apa apa lagi,mereka pulang dengan kekecewaan,geram pun ada,kesal pun ada,patut lah isteri dan anak RIN tidak pernah menanyakan khabar tentang RIN,rupanya mereka ada muslihat atau ini semua angkara mereka untuk membuatkan RIN jadi begitu.....

Sejak dari itu LIN serta Keluarganya tidak lagi mahu mengambil tahu hal bekas isteri dan anak anak RIN,mereka akan melupakan semuanya itu,siapa yang tidak marah jika perkara saperti ini menimpa,ibaratkan Dah Jatuh DI Timpa Tangga.

Penyakit RIN boleh dikatakan ON and OFF (Check in - Check out) dari hospital mesra, sejak kebelakangan ini, sungguh kasihan tapi apa boleh buat sudah di takdirkan begitu,pada suatu hari dalam tahun 2009 RIN secara tiba tiba pitam dan tersungkur di lantai rumah ini membuatkan keseluruhan anggota badan nya lemas tidak bermaya,tetapi dia masih boleh bercakap,lantas ahli keluarga LIN bergegas menghantarnya ke hospital daerah papar,dalam perjalanan mereka bertanya kepada LIN kenapa dia boleh terjatuh,LIN memberitahu mereka bahawa kepala nya amat sakit dan tiba tiba gelap pemandangannya,begitulah kata RIN,sesampai di hospital RIN dibawa ke wad kecemasan.....tetapi agak agresif juga dia ni,sehingga doktor pun mengesyorkan agar dia di bawa ke hospital mesra kembali,mungkin penyakitnya ini kembali kata doktor,lalu dia pun dihantar kesana.

Esok nya doktor menghubungi LIN melalui talipon,bahawa RIN menghidap barah di Otak,dan perlu di bedah segera di hospital Queen, penyakitnya ini amat kritikal kata doktor,LIN bertambah bingung.....mahu atau tidak keputusan terletak di tangan LIN......akhirnya LIN bersetuju untuk RIN di bedah.
Setelah di bedah RIN pun mula sedarkan diri,tetapi dia dalam kawalan rapi,maklum sajalah orang seperti ini pasti dia banyak bergerak, hampir sebulan dia berada di hospital Queen barulah dia di pindahkan ke hosital papar,tetapi keadaan RIN bertambah tenat,dia tidak dapat gerak kan badan,tangan,kaki,hanya suara nya saja yang seakan akan berbisik kedengaran,keadaan ini membuatkan keluarga LIN terasa pilu mengenangkan nasib RIN.

Hampir juga dua bulan RIN bertahan di hospital......Akhirnya dia pun menghembuskan nyawa nya yang terakhir pada tahun 2009,di saat itu LIN bersama anaknya ada bersama di sana ketika RIN menghembuskan nafas terakhir,pilu dan tangisan kedengaran pada ketika itu.


Wednesday, March 2, 2011

Kasih sayang LIN & RIN vs DERHAKA -(2)

Apa bila mereka sampai di hospital mesra RIN pun mula meliar dan hendak memukul mereka mujur ketika itu ada pembantu hospital dan doktor yang ketika itu ada berdekatan dengan mereka lalu mereka membantu untuk memujuk RIN untuk bertenang,maka dapatlah RIN di pujuk dan di bawa ke wad untuk rawatan (nasib baik ada pembantu dan doktor ketika itu untuk memujuk ,mereka memang arif dengan tugas mereka disana yang mana banyak kerenah,perangai penghuni di hospital mesra). Setelah mereka selesai mendaftar untuk kemasukan RIN kewad untuk rawatan entah berapa lama RIN harus tinggal disana terpulang kepada doktor dan prestasi RIN.


Selang seminggu LIN pergi menjengguk adiknya RIN disana dengan membawa makanan sebagai buah tangan untuk di beri pada adik kesayangan nya, tetapi isteri dan anak anak RIN langsung tidak pernah menjengguk,sedangkan mereka telah di hubungi mengenai keadaan RIN melalui talipon, mereka tidak ambil peduli,mereka tidak ambil berat tentang masaalah LIN yang menanggung beban itu,sedangkan LIN juga ada keluarga yang harus di urus dan jaga, sebulan....
dua bulan.....tiga bulan......kini masuk bulan ke empat mereka tiada juga melawat suami atau bapa mereka.


Kenapa.......Kenapa.......LIN mengeluh dan kesal dengan sikap mereka itu,LIN mula beriktiar untuk pergi mencari mereka di Keningau,dengan harapan dapat bertemu dengan mereka anak beranak,LIN memang tahu dimana mereka tinggal,akhirnya Lin pun sampai di rumah adik iparnya,tetapi LIN merasa terperanjat dan kaku buat seketika (dalam fikiran nya bertanya pada diri sendiribetulkah ini rumah ipar aku???) dia merasa serbasalah antara betul dan silap, kerana yang menyambut kedatangan nya dirumah itu seorang lelaki yang dia tidak dikenalinya,dengan sapaan ( kamu mau cari siapa) LIN pun menjawab, kami mau cari si XXXX bini adik saya,lalu lelaki itu menjawab (oh..dia sudah keluar dengan anak anak dia pergi pekan katanya).



LIN pun bergegas pergi ke pekan keningau yang jauhnya dari rumah tadi kira kira 3 k/m ,sambil itu LIN agak kesal juga dalam hatinya berbisik (kenapa saya tidak tanya tadi siapa lelaki itu???) oleh kerana teringin sangat berjumpa dengan adik ipar nya, semuanya soalan itu tidak timbul dalam fikiran nya,yang dia fikirkan adalah hendak berjumpa dengan adik iparnya dan meminta agar pergi melawat suami nya yang berada di hospital mesra.....itu saja, mungkin mereka boleh mengurangkan tekanan imosi,rindu,atau apa apa sahaja,atau pun boleh mengembalikan ingatan RIN.


Tetapi nampaknya apa yang diharapkan oleh LIN semuanya pudar,dia tidak bertemu dengan adik iparnya itu,menjelang petang mereka pun pulang ke rumah mereka di papar (bayangkan betapa sedihnya dan keciwa LIN)........

Kini sudah 6 bulan RIN di hospital mesra, nampak gayanya macam ada perubahan sedikit,dia sudah mula pandai senyum,pandai menegur sapa, dan dia boleh ingat sedikit sebanyak tentang kampung halaman, pernah sekali dia minta keluar dari hospital ini,tetapi doktor belum membenarkan, namun doktor beri jaminan dalam beberapa hari lagi RIN boleh keluar wad.
begitulah kehidupan RIN semenjak dari hari dia keluar wad dia sentiasa di jaga oleh LIN dan juga anak anak LIN.