Mayat RIN kini berada di rumah LIN dan diletakkan dalam keranda,untuk diberi penghormatan terakhir kepada RIN dari keluarga dan sanak saudara atau pun orang kampung,dihari pertama bini dan anak anak RIN tidak kelihatan,sedangkan mereka telah di maklumkan,mereka telah mengetahuinya.
keesokan harinya baru mereka datang dengan ronbongan dari keningau,ini termasuklah suami baru bekas isteri RIN,kedua orang anak RIN kelihatan dah besar (dah masuk bujang orang bilang) yang tua ialah perempuan seorang lagi lelaki,kedua duanya kelihatan tidak berasa sedih melihat yang bapa mereka dalam keranda,tidak ada sedikit linangan air mata pun menitis,si XXXX (bekas isteri) hanya jengguk sekejap lalu turun kebawah,orang orang kampung hanya melihat gelagat mereka.
Kebiasaan nya apabila seseorang meninggal,mereka akan menunggu selama 3 hari baru di kebumikan,dan ini telah masuk hari ketiga tiba masanya untuk upacara pengkebumian RIN...
Setelah upacara pengkebumian semuanya telah selesai... Maka LIN Sebagai ketua rumah memanggil bekas isteri dan anak anak mendiang RIN, berbincang untuk mengetahui bagai mana hendak menguruskan segala barang peninggalan mendiang adiknya, (ini termasuk sebidang tanah kepunyaan Bapa RIN dan LIN yang telah diturunkan kepada RIN (diberi atas nama RIN ) bersama sebuah rumah sederhana besarnya yang sejak dulu lagi, ketika ibu bapa RIN dan LIN masih hidup, mereka telah membina rumah itu,dan sekarang ini adalah kepunyaan mendiang RIN...(Tanah Pusaka) dan LIN diberi mandat untuk tinggal serta menjaga kawasan itu yang mana ada sedikit pokok buah buahan,ini adalah wasiat dari ibubapa mereka) , orang yang menjadi perantaraan ialah Ketua kampung disitu, Si XXXX (bekas isteri mendiang) mengatakan saya tidak mahu ini tanah,saya ada rumah di keningau ucapnya,dan menyeru agar LIN terus tinggal di rumah ini, anak anak mendiang RIN hanya diam mendengarnya, kata putus pun dah dipersetujui (Tetapi tidak ada catitan di buat sebagai bukti).
Mengikut adat orang kampung seseorang meninggal apabila telah sampai di hari ke-7,mereka akan adakan upacara (Momuhangkas..dalam bahasa kadazan papar) ia itu doa/sembahyang untuk roh orang yang dah pergi (mengikut cerita orang tua tua di hari itulah roh itu pulang untuk mengambil barang barang kepunyaan peribadi yang tertinggal di rumah) dan selapas ke-7, di ikuti hari yang ke-40 pula juga diadakan lagi upacara doa/sembahyang,dan seterusnya hari yang ke-100 demikian jugalah diadakan upacara doa/sembahyang untuk roh mendiang RIN.
Dalam upacara ketiga tiga tadi itu isteri dan anak anak mendiang RIN ada datang ,mereka datang membawa sedikit buah tangan dan juga menghulur sedikit wang untuk perbelanjaan tadi, setelah beberapa bulan kemudian,maka datanglah lagi mereka anak beranak bersama dengan suami baru (bekas isteri mendiang RIN),kali ini tujuan mereka ada agenda yang tidak dijangka...
Anak anak mendiang RIN dengan berkeras meminta segala gala apa jua peninggalan harta dari bapa mereka termasuklah GERAN TANAH untuk di serahkan kepada mereka, dan juga rumah yang sekarang ini mereka (LIN dan Keluarga) tinggal,mereka juga memberi amaran berserta timpuh selama 2 tahun untuk pindah dari rumah ini (Bermaksud di kosongkan).......woowwww hebat sungguh anak anak DERHAKA ini ya...
Tetapi LIN tidak benarkan mereka berbuat demikian,LIN berkeras mempertahankan hak adiknya,perkara ini berlarutan selama lebih kurang 3 bulan, akhirnya LIN membuat keputusan hendak menyelesaikanya dengan aman di hadapan ketua kampung,tapi kesudahannya ketua kampung pun tidak dapat menyelesaikan perkara ini,sehingga di bawa ke Mahkama Anak Negeri Daerah Papar....
No comments:
Post a Comment