Thursday, February 9, 2012

BR1M

BR1M - 2

Ni cerita mengenai BR1M lagi.
Kali ini ceritanya agak menghairankan diri saya.

Saya menerima sepucuk surat dari LHDN (Kementerian Kewangan Malaysia) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya.
Surat itu menyatakan bahawa permohonan BR1m telah diluluskan.
Tapi saya kena pergi ke Daerah mengundi P172 - N14(LIKAS)...????sedangkan saya tinggal di papar.



Dari Papar ke Likas bukannya dekat,jauh....agaknya hampir 40km++,nah bayangkan jika saya kesana menaiki Bas,dari papar ke kota kinabalu,dari kota kinabalu ke likas 2 kali naik bas(Transit) tambang nya berapa? masa saya terbuang,kena ambil cuti kerja,ini baru pergi,nanti lepas tu mahu balik lagi cerita yang sama...


Yang hairannya mengapa saya di senaraikan di situ,sedangkan dalam borang permohonan saya ada sertakan alamat tempat tinggal,alamat surat menyurat,semuanya lengkap....(Dalam Kawasan daerah mengundi P175 - N24 Kawang...) apa dah jadi dengan kerani/pegawai LHDN.....P175 di tukar ke P172,yang no5 tu dia nampak no2 kah,yang N24 dia nampak tu no2 jadi no1 jadilah N14.....beginikah mereka membuat kerja yang telah di amanahkan pada mereka,ikut suka hati mereka,kerja sambil lewa,kerja buat sedikit cerita yang banyak,hingga lalai cuai memasukkan data,sepatutnya sebelum pemprosesan di buat,terlebih dahulu semak data data semua,jikalau silap boleh diperbetulkan,kalau di komputer boleh edit,delete sebelum disimpan/save ke dalam system data,apabila tersilap,inilah akibatnya...kena tendang ke lain daerah,yang menanggung masalah adalah si pemohon,bukannya mereka sipembuat/kerani/pegawai,mereka dah lepas tangan,tapi puncanya adalah dari mereka.
Bagaimana jika mereka yang kena sedemikian,saya pasti mereka juga terasa marah.
Bagaimana jika mereka tersilap membuat penyata akaun pembayar cukai,tersilap hantar maklumat,alamat,nama...bukankah ini boleh mengundangkan kemarahan pada orang lain.

Menyusahkan Orang..............

TIDAK BERSIH - TIDAK CEKAP - TIDAK AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS.