Tuesday, June 24, 2014

ESSCOM vs RCI SABAH.

Kita seringkali mendengar berita penculikan di Pantai Timur Sabah,pada tahun ini saja dah 3 kes penculikan berlaku,namun demikian pada waktu penculikan berlaku bukankah Esscom dah di Tubuhkan....
kenapa penculik ini boleh memboloskan diri ?
Kenapa Pihak Esscom tidak dapat mengesan kehadiran kumpulan Penculik  ?
Kenapa pihak Esscom tidak dapat mengejar kumpulan penculik itu ?
ini semua menjadi tanda tanya.....Kenapa?

Adakah kumpulan ini ada orang dalaman yang tahu selok bilok persekitaran kawasan lokasi yang hendak mereka beroperasi untuk melakukan penculikan,ada 2 kes penculikan berlaku dimana turut menjadi mangsa culik adalah warga asing bersama-sama dengan tokeh kolam ikan. Mereka ini sangat licik kerana mereka mempunyai dua kewarganegaraan (mempunyai pengenalan diri MY-KAD) jika mereka balik ke Negeri asal mereka tentunya mereka di terima kerana mereka juga warga Negara disana. 

Ada kebarangkalian sebab itu Esscom sukar memintas kumpulan ini...?
Ada kebarangkalian pekerja di lokasi itu juga turut menjadi dalang kumpulan culik..?
ini semua adalah andaian saja....

Dari apa yang telah berlaku sepatutnya pihak berkuasa mengambil iktibar untuk bagaimana hendah mengatasi masalah pemegang MY-KAD palsu. Jangan sampai keadaan tidak terkawal baru hendak bertindak habis-habisan...dah terlambat.....maka itu sebabnya penduduk Negeri Sabah ini meminta RCI (ROYAL COMMISSION OF INQUIRRY) ditubuhkan untuk mengatasi masalah PTI ini,tetapi hingga sekarang ini masih tiada keputusan, apa yang dah dilakukan, sejauh mana dah dicapai atau pun dibiarkan begitu saja sehingga orang lupa akan RCI itu.

Kita sebagai penduduk Sabah seharusnya diberitahu setakatmana sudah perkembangan RCI ini.



No comments:

Post a Comment