Sunday, February 27, 2011

Kasih Sayang LIN & RIN vs DERHAKA - (1)

Kasih sayang seorang kakak kepada adik nya tidak berbelah bagi.

Seorang perempuan yang umurnya dalam lingkungan 56 bernama LIN (bukan nama sebenar ) dan mempunyai saudara kandung seramai 4 0rang kesemuanya,2 daripadanya lelaki dan seorang lagi perempuan,kesemuanya telah pun berumah tangga,masing masing tinggal bersama keluarga sendiri,ada yang telah berhijrah ke daerah lain,dalam kesemua adik beradik ini pada tahun 199X ada seorang yang agak kurang bernasib baik, iaitu adik kepada LIN yang bernama RIN (juga bukan nama sebenar) umur dalam lingkungan 40an, entah apalah sebabnya secara tiba tiba dia menjadi kurang siuman (gila ),mungkin di sebabkan tekanan kerja,tekanan imosi,tekanan fizikal dan mental tiada siapa yang mengetahuinya.

pada ketika itu dia bekerja di daerah keningau (kem kayu balak) isteri dan juga 2 orang anaknya, seorang lelaki dan yang seorang lagi perempuan tinggal bersama RIN,ketika RIN bekerja di situ boleh dikatakan dia ini boleh tahan juga,dia mempunyai sebuah lori sendiri,dan memandunya sendiri mengangkut kayu balak milik syarikat sebagai upah untuk mencari nafkah menyara hidup seisi keluarganya.

Tetepi sejak kebelakangan itu dia tidak lagi bekerja dengan syarikat kayu balak lagi disebabkan penyakitnya makin menjadi jadi,semakin hari semakinlah berubah perangainya hingga keluarganya pun dia tidak kenal,isteri RIN semakin gusar lalu menghubungi LIN dan menceritakan apa yang terjadi kepada adiknya RIN dan masaalahnya,lantas LIN beriktiar mencari apa saja yang ada dalam fikiran nya ini termasuklah mencari dukun,bomoh kampung,bobohizan (dalam bahasa kadazan) tidak kira wang ringgit yang di belanjakan semata mata mahu mengubati adiknya RIN(
siapa yang tidak sayangkan adiknya sendiri...binatang pun tahu dan pandai melindungi anak nya sendira apatah lagi ini manusia)

Sewaktu RIN dalam rawatan oleh dukun kampung ada perubahan,dia mula mengenali keluarga nya,tetapi kadangkala dia lupa dan juga hilang ingatan, selang beberapa bulan kemudian LIN membuat keputusan agar adiknya RIN di bawanya kembali ke kampung halaman nya,dan tinggal bersama dengan LIN di kampung halaman nya sendiri,walau pun LIN mempunyai keluarga sendiri,keluarga RIN boleh dikatakan amat susah suaminya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap hanya mendapat upah RM400.00 sebagai jaga di sebuah kilang papan (sawmill) yang berdekatan dengan kampung mereka,dengan pendapatan yang sebegitu agak susah untuk menampung anak anaknya seramai 9 orang kesemuanya,apatah lagi ada beberapa orang anaknya yang masih bersekolah.

Setelah bermaufakat mereka berazam membawa RIN pulang kerumah mereka demi untuk menjaga RIN,akhirnya mereka mambawa RIN pulang ke rumah mereka,tetapi isteri dan anak anak RIN tidak mahu ikut bersama,tidak diketahui apa sebabnya
tetapi LIN tidak kesah dengan hal itu yang penting baginya adalah membawa adik kesayangan itu untuk pulang walau dengan cara apa sekali pun dia tetap nekad dengan keputusan nya.

Selang hari berganti hari bulan berganti bulan sudah masuk 2 tahun RIN tinggal bersama dengan LIN
di kampung,tetapi penyakit nya masih tidak berubah,LIN berazam membawa adik nya berjumpa dengan doktor di hospital mesra dengan harapan dapat menyembuhkan penyakit adik nya, doktor mengesyorkan agar RIN tinggal di hospital mesra agar dapat memberi rawatan susulan,LIN mengizinkan,maka tinggallah RIN di situ ,LIN sentiasa melawat adiknya disitu,tetepi apa yang menyedihkah isteri dan anak anak RIN langsung tidak menjenguk,melawat, apa lagi hendak menanya apa perkhabaran suami atau pun bapa kandung mereka...(manusia apakah mereka ini) sekurang-kurangnya jenguklah apa salah nya...

Selang beberapa bulan kemudian RIN beransur pulih dan dia boleh sudah mengenali setiap orang yang melawat nya,dan akhirnya doktor membenarkan RIN pulang,tetapi harus mengambil ubat setiap 2 minggu dan doktor juga berpesan agar jangan menyinggung perasaan nya/jangan berkasar dengan nya/sentiasa ramah dengan nya sebab ini akan membuat fikiran nya terganggu dan mungkin akan berulang lagi penyakit nya......pada tahun 1997 penyakit RIN kembali lagi kali ini lagi teruk daripada dulu,ia suka merayau rayau,tidak tenteram,makan tidak,mandi tidak,tidur kurang,sehingga badan nya susut,pernah orang sekampung memberitahu bahawa RIN berada di K.K merayau rayau sedangkan LIN memcari di merata pelusuk kampung,sebaik saja menerima berita bahawa RIN ada di K.K,mereka terus mencari RIN di sana,dan mendapati memang benar RIN ada di K.K,lalu mereka memujuknya pulang,tetapi itu bukan alasan hendak membawa RIN pulang,di sebaliknya mereka bercadang hendak membawa RIN ke hospital mesra untuk merawatnya di sana.....
.

Saturday, February 19, 2011

Jalan Kampung Baun Papar (Bahagian akhir)

Salam sejahtera
Bersua kembali di paparan yang terakhir ini untuk (Jalan Kampung Baun Papar). Kali ini saya akan menceritakan bagaimana penduduk di kampung Baun telah kecewa dengan sikap segelintir pemimpin dalam kampung sendiri yang tidak bersimpati dengan nasib kami,ini membuatkan kami hilang kepercayaan dengan mereka mereka ini.

Apatah lagi hendak meminta hulur bantuan untuk membaik puleh jalan kami ini...jauh sekali...biarlah mereka dengan pendirian mereka,lagi pun jalan ini akan di tutup oleh Kerete Negeri Sabah.





Inilah jalan yang dapat menghubungdi antara kg.Baun dan kg.Seri Tanjung (Pengalat Kecil) yang saya maksudkan itu.

Terima Kasih saya ucapkan kepada penduduk Kampung Seri Tanjung dan juga kepada yang berusaha bertungkus lumus untuk menjayakan projek jalan raya ini....SYABAS saya ucapkan kepada mereka semua yang terlibat dalam usaha ini. Akhir kata saya mohon maaf dan ampun sekiranya ada tersilap kata dan kepada mereka yang saya luahkan perasaan marah ini harap bertindaklah lebih bijak...SIAPA YANG DI UTAMAKAN DAHULU ????..

Friday, February 18, 2011

Jalan Kampung Baun Papar (Bahagian 3)

Ketemu lagi kita di bahagian ke3 ini yang mana saya telah ceritakan sedikit sebanyak mengenai dengan jalan kampung Baun dalam daerah papar (Kawasan DUN Kawang).
Saya rasa mungkin kampung kami ini (KAMPUNG BAUN) telah di keluarkan dari senarai jajahan mereka oleh Pemimpin JKKK-Kg Baun/Timbagan/Vahaihaid (Balailait), kenapa saya cakap demikian :
 (1)  semenjak dua menjak beberapa tahun sudah kebelakangan ini adalah mungkin  sekitar 7-8 tahun +++ tidak pernah sekali pun badan JKKK  menjemput untuk menghadiri mesyuarat, sebagai penduduk kampung yang mana saya dilahir dan di besarkan  dalam kampung ini,sekurang-kurangnya jemputlah... kami juga sekadar ingin tahu ada apa perkembangan kampung / kemajuan  kampung / keselamatan kampung / agih-agihkan atau salurkan bantuan kepada yang memerlukan... ini langsung tidak ada (Habuk pun TARA).
(2)  Mengenai dengan Lampu street Light..Yang ini lagi ketara bahawa mereka amat mementingkan diri mereka dan suku sakat (Saudaramara) mereka...apa tidaknya lampu lampu ini sepatutnya di bahagi bahagikan ke beberapa tempat yang sepatut dalam jajahan mereka,tetapi semuanya di pacak dekat dengan rumah mereka dan sekitar dalam kampung mereka sahaja hanya 2 tiang sahaja yang di pacak diluar kawasan kroni mereka iaitu satu di jalan Kg.Sumbiling baun, satu lagi di luar persimpangan jalan masuk ke kampung mereka,  setahu saya setiap permohonan lampu street light ini akan di luluskan sebanyak 10 tiang untuk setiap kampung (jikalau saya tersilap harap maafkan). Sepatutnya lampu lampu ini di pasang pada tempat tempat saperti di persimpangan jalan,kawasan yang  mungkin ramai pengguna pejalan kaki,kawasan sunyi dan kawasan persekitaran balairaya.....bukan kah ini dinamakan  MONOPOLI.

Thursday, February 17, 2011

Jalan Kampung Baun Papar (Bahagian 2)

Tiada sesiapa yang mahu mengambil tahu/ambil berat apa yang di hadapi oleh pengguna jalan menuju ke kampung Baun ini. segala kesulitan hanya di tanggung oleh pengguna jalan ini. Jika ada sesiapa yang pernah melalui jalan ini untuk kali pertama dan mungkin  untuk kali terakhir buat mereka melalui jalan ini.
Oleh kerana jalan ini boleh menyebabkan kerosakan pada kereta mereka,seperti apa yang telah saya terangkan di artikel yang lepas,dada kereta pasti tersangkut pada landasan kereta api,drive shaft pasti cepat rosak akibat
jalan yang berlubang,paling menyulitkan lagi ketika pada musim hujan,berlumpur... lubang di penuhi air yang bertakung ini menyebabkan kita sukar mengetahui yang mana jalan rata dan yang mana jalan berlubang...aduhhh
apalah nasib kami ini...tiada siapa yang mengambil berat tentang masaalah kami ini, sedangkan ada segelintir individu yang mendapat peruntukan pembaikan jalan...sedangkan jalan  aspal itu elok dan tiada lubang atau pun rosak tetapi dapat peruntukan persekutuan untuk menaik taraf/baik pulih..kami ini seperti di anak tirikan oleh Individu-individu ini sebab mereka ini ada kuasa dan berjawatan serta memang rapat dengan YB Gullam malah ada hubungan persaudaraan.... 

Wednesday, February 16, 2011

Jalan Kampung Baun Papar.(Bahagian 1)

Sejak kebelakangan ini jalan raya ini yang dahulunya telah diturap aspal,tetapi kini telah rosak teruk akibat pembinaan landasan kereta api baru.                
  Kini jalan ini tiada siapa yang hendak ambil peduli akan kerosakan ini,disebabkan jalan ini akan di tutup kekal selama lamanya. Tetapi adakah mereka sedar betapa sukarnya penduduk kampung Baun yang seringkali menggunakan jalan ini untuk rutin harian mereka,saperti menghantar/mengambil anak anak mereka pergi dan balik (sekolah),bagi yang bekerja mereka juga menggunakan
jalan yang sama,maksud saya di sini adalah berkenaan dengan kereta yang mereka gunakan saban hari kereta mereka ini akan tersangkut di landasan kereta api kerana besi landasan ini sangat tinggi untuk kereta kereta kecil saperti kereta Kancil,Proton saga/wira,pernah sekali kereta kepunyaan abang ipar saya terputus exzos paip akibat tersangkut pada besi landasan ini.
Masaalah ini bukan setakat landasan sahaja yang boleh mengakibat kerosakan kenderaan yang menggunakan
jalan ini tetapi termasuk jalan raya nya juga rosak teruk berkubang/lubang (Lopak dalam bahasa kami disini) terpaksa mahu mengelak lubang,jika tidak mengelak... alamat dada kereta akan tersangkut,.....

Sampai bila kami harusmenggunakan jalan ini???..... Pihak JKKK pun tidak pernah jengguk langsung apatah lagi hendak mengambil tahu tentang masaalah ini...Yang menghairankan lagi jalan ini seiring dengan jalan menuju ke rumah P.K.R.!!!!!!adakah dia ini BUTA..?????? Bangun KITA semua PRU13..

Tuesday, February 15, 2011

PATI DAN PADI SAMA SAHAJA.

PATI - Saperti yang kita maklum Pendatang Asing Tanpa Izin.
PADI - Adalah Pendatang Asing Dengan Izin.
PATI kita tahu bahawa mereka masuk secara tidak sah ke Negara ini, PADI masuk secara sah,tetapi harus kita ingat bahawa mereka masuk ke Negara ini untuk tujuan apa ?
Adakah mereka  masuk dengan pas lawatan?
Adakah mereka  masuk dendan pas untuk bekerja disini?
Adakah mereka  masuk dengan pas untuk berniaga?
Semua ini menjadi persoalah dalam otak kita....