Thursday, February 17, 2011

Jalan Kampung Baun Papar (Bahagian 2)

Tiada sesiapa yang mahu mengambil tahu/ambil berat apa yang di hadapi oleh pengguna jalan menuju ke kampung Baun ini. segala kesulitan hanya di tanggung oleh pengguna jalan ini. Jika ada sesiapa yang pernah melalui jalan ini untuk kali pertama dan mungkin  untuk kali terakhir buat mereka melalui jalan ini.
Oleh kerana jalan ini boleh menyebabkan kerosakan pada kereta mereka,seperti apa yang telah saya terangkan di artikel yang lepas,dada kereta pasti tersangkut pada landasan kereta api,drive shaft pasti cepat rosak akibat
jalan yang berlubang,paling menyulitkan lagi ketika pada musim hujan,berlumpur... lubang di penuhi air yang bertakung ini menyebabkan kita sukar mengetahui yang mana jalan rata dan yang mana jalan berlubang...aduhhh
apalah nasib kami ini...tiada siapa yang mengambil berat tentang masaalah kami ini, sedangkan ada segelintir individu yang mendapat peruntukan pembaikan jalan...sedangkan jalan  aspal itu elok dan tiada lubang atau pun rosak tetapi dapat peruntukan persekutuan untuk menaik taraf/baik pulih..kami ini seperti di anak tirikan oleh Individu-individu ini sebab mereka ini ada kuasa dan berjawatan serta memang rapat dengan YB Gullam malah ada hubungan persaudaraan.... 

2 comments:

  1. beberapa trik bloger > http://bit.ly/idJ4qb

    ReplyDelete
  2. Berjawatan tapi sayang Yang Busuk (YB), pentingkan diri sendiri ja...ketulahan juga tu nanti.

    ReplyDelete