Friday, February 18, 2011

Jalan Kampung Baun Papar (Bahagian 3)

Ketemu lagi kita di bahagian ke3 ini yang mana saya telah ceritakan sedikit sebanyak mengenai dengan jalan kampung Baun dalam daerah papar (Kawasan DUN Kawang).
Saya rasa mungkin kampung kami ini (KAMPUNG BAUN) telah di keluarkan dari senarai jajahan mereka oleh Pemimpin JKKK-Kg Baun/Timbagan/Vahaihaid (Balailait), kenapa saya cakap demikian :
 (1)  semenjak dua menjak beberapa tahun sudah kebelakangan ini adalah mungkin  sekitar 7-8 tahun +++ tidak pernah sekali pun badan JKKK  menjemput untuk menghadiri mesyuarat, sebagai penduduk kampung yang mana saya dilahir dan di besarkan  dalam kampung ini,sekurang-kurangnya jemputlah... kami juga sekadar ingin tahu ada apa perkembangan kampung / kemajuan  kampung / keselamatan kampung / agih-agihkan atau salurkan bantuan kepada yang memerlukan... ini langsung tidak ada (Habuk pun TARA).
(2)  Mengenai dengan Lampu street Light..Yang ini lagi ketara bahawa mereka amat mementingkan diri mereka dan suku sakat (Saudaramara) mereka...apa tidaknya lampu lampu ini sepatutnya di bahagi bahagikan ke beberapa tempat yang sepatut dalam jajahan mereka,tetapi semuanya di pacak dekat dengan rumah mereka dan sekitar dalam kampung mereka sahaja hanya 2 tiang sahaja yang di pacak diluar kawasan kroni mereka iaitu satu di jalan Kg.Sumbiling baun, satu lagi di luar persimpangan jalan masuk ke kampung mereka,  setahu saya setiap permohonan lampu street light ini akan di luluskan sebanyak 10 tiang untuk setiap kampung (jikalau saya tersilap harap maafkan). Sepatutnya lampu lampu ini di pasang pada tempat tempat saperti di persimpangan jalan,kawasan yang  mungkin ramai pengguna pejalan kaki,kawasan sunyi dan kawasan persekitaran balairaya.....bukan kah ini dinamakan  MONOPOLI.

No comments:

Post a Comment