Isu PATI sudah tidak asing bagi kita di Negeri SABAH ini,walau dimana saja kita pergi pasti terdengar keluhan orang orang kita yang tidak berpuas hati dengan pihak pengkuatkuasa yang tidak dapat menanggani masalah ini,sudah berpuluhan tahun dengan tiada kesudahan nya. Kalau kita berada di pusat bandar pasti akan terserempak dengan orang asing yang bermacam macam bangsa,tapi kita tidak tahu sama ada mereka itu masuk secara sah atau tidak? tapi saya pasti kebanyakan itu adalah masuk secara Haram terutama sekali orang orang Filipin,tetapi mereka mempunyai MYKAD yang juga tidak Sah dari segi undang-undang,ini disebabkan adanya sendikit pembuat IC palsu.
Kalau di semenanjung kebanyakan PATI ada orang orang dari Banglades,Thailand,Myanmar,China dan juga Indonesia serta Pilipin,kalau di Sabah yang paling ramai sekali adalah dari Pilipin dan Indonesia,Warga Pakistan,China,Thailand tidak seberapa,tetapi yang paling menonjol sekali adalah warga Pilipin,dimana saja pelusuk ada saja mereka ini,boleh dikatakan seluruh Sabah ada saja mereka. PATI ini sekarang semakin ramai,tetapi pihak Berkuasa masih tiada tindakan yang diambil secara serius,cuba kita lihat di semenanjung sekarang ini,PATI semakin berani,merusuh,membakar blok tahanan sementara serta melarikan diri, kejadian yang kedua mengepung dan mengurung pegawai pengkuatkuasa.......selepas ini apapula akan berlaku...mungkin sanggup membunuh....???????
Persoalan nya disini ialah kenapa pihak kerajaan membiarkan mereka dalam tahanan lama lama hanrar saja mereka balik ke Negara asal mereka,ada yang menginap di pusat tahanan selama 6-7 bulan lamanya,kenapa mengambil masa begitu lama untuk hantar mereka pulang ? Jangan terlalu berlembut dengan proses penghantaran pulang mereka ini,sepatut kerejaan harus tegas dengan isu ini. Di anggarkan kerajaan membelanjakan RM30.2juta untuk menampung kos penghantaran pulang PATI seramai 154.729 orang antara tahun 2007 - 2009. Juga dikatakan kerajaan membelanjakan RM30 sehari untuk membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot tahanan Imegresen.
Cuba kita bayangkan wang sebanyak RM30.2 juta itu adalah hasil dari kita yang membayar cukai,alangkah baik nya jikalau kerajaan memberikan kepada rakyat yang memerlukannya,lebih lama mereka ditahan lebih banyak belanja untuk mereka ini,ramai lagi rakyat yang kurang makan di negara ini,alangkah baik kalau wang itu di beri atau di salurkan pada yang memerlukan,atau dermah kepada rumah anak anak yatim lagi bagus. Rakyat Sabah pernah menyuarakan agar Suruhanjaya DiRaja di tubuhkan untuk menanggani isu ini,tetapi di tolak dalihkan,sekarang ini pasal Kes Video Lucah DSA....wooiiiii bukan main lagi mau tubuhkah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat siapa pelaku (Staring) sebenar....Itu kes tidak pun seriuslah, tidak mengancam keselamatan awam ,tetapi Kes isu PATI lagi bahaya boleh mengancam keselamatan awam,mengganggu ketenteraman awam,harta benda dan juga nyawa.
APA PENDAPAT ANDA MENGENAI ISU PATI SEMAKIN BERANI INI ?
Rampai blog-blog Sabah. Silalah menyertai jaringan kami > http://bit.ly/fbD77M
ReplyDelete