Rang penetapan gaji minimum ke Parlimen (GAJI MINIMUM PEKERJA)
IPOH: Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Minimum Negara pada sesi Parlimen akan datang untuk menyelaras dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta di negara ini.
Pelaksanaan rang undang-undang itu akan memberi kuasa kepada kementerian dan majlis itu untuk membuat apa yang perlu bagi menetap serta menyelaraskan gaji di kalangan pekerja sektor swasta di negara ini.
Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata majlis itu juga mempunyai kuasa untuk memastikan apa yang ditetapkan dipatuhi oleh sektor swasta.
Sumber ini di petik dari Berita Harian Online 02/05/2011.
Saya amat bersetuju dengan cadangan ini agar ianya dapat laksanakan dan mencapai persetujuan dari Parlimen,memeng wajarlah jikalau gaji pekerja sektor swasta di selaraskan,ini sekurang kurangnya dapat di manfaatkan oleh pekerja swasta,lebih lebih lagi pekerja dalam sektor swasta di Negeri sabah ini,kebanyakan nya bergaji kecil di antara Rm500.00 hingga Rm800.00 bagi pekerja kilang operator pengeluaran,gaji ini amatlah kecil kalau di bandingkan dengan pekerja di sektor awan/kerajaan,dan jikalau hendak mendapat gaji lebih kenalah kerja lebih masa (Overtime) itu pun mengikut kemampuan fizikal, badan ,kesihatan.
Bilangan pekerja di sektor swasta amatlah ramai,tetapai pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup pada masa kini,barang keperluan harian amatlah mahal,kita ambil contoh saperti ini :
Katakanlah Si XYZ telah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak, 2 orang anaknya bersekolah di sekolah rendah,yang seorang lagi masih kecil baru berumur 9 bulan,isteri nya pula tidak bekerja (sebagai surirumah sepenuh masa), XYZ bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang besi keluli di Inanam,dia di bayar gaji bulanan Rm650.00 sebulan,jikalau dia mengambil kerja lebih masa dia boleh memperolehi sekurang kurangnya Rm850.00,itu pun jikalau dia tidak merasa penat/letih.
Dengan Rm850.00 dia harus membayar sewa rumah Rm350.00
Belanja anak untuk bersekolah termasuk tambang bas sekolah Rm120.00 untuk 2 orang
Belanja untuk dapur ,sabun cuci & mandi, susu untuk anak Rm250.00
Tambang XYZ ketempat kerja dan pulang kerja Rm3.00 sehari X 26 hari kerja (Rm3.00x26=Rm78.00)
Baki gaji tinggal Rm52.00........?????
Bayangkanlah betapa sedihnya XYZ baki gaji hanya tinggal Rm52.00,macam mana hendak membawa anakbini jalan jalan hujung bulan.
Kajian Kementerian Sumber Manusia sebelum ini yang membabitkan 1.3 juta pekerja di negara ini menunjukkan 33.8 peratus daripadanya menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan, iaitu di bawah kadar kemiskinan RM720 sebulan.
Nah disini bolehlah kita bayangkan betapa susahnya bagi orang orang yang bekerja di sektor swasta yang berpendapatan rendah,jika mereka terdesak waktu kesempitan wang ada kemungkinan mereka meminjam wang dari majikan,kawan,atau pun Along....disebabkan terdesak.
Saya sangat setujulah kalau gaji di selaraskan ke mininum Rm900.00,dan juga waktu kerja dari 48 jam kepada 40 jam seminggu,supaya mereka ada masa bersama keluarga,cukup masa berehat.
SEMOGA MENCAPAI KATA SEPAKAT DAN MEMBAWA BERKAT KEPADA PEKERJA SEKTOR SWASTA.
( TIADA PEKERJA TIADALAH MAJIKAN + TO SERVE AND NOT TO BE SERVED)
No comments:
Post a Comment